Sunday 30 August 2015

SEJARAH DAN POLITIK






BAB 1
Kesultanan Melayu Melaka
Mengikut sejarah melayu, Parameswara yang telah membuka negeri Melaka adalah putera dari Palembang. Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatra tunduk dibawah kuasa Kerajaan Majapahit. Pada masa itu, Parameswara telah berkhawin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa kerajaan Majapahit. Beliau mengisyhtiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan kerajaan Majapahit. Tentera-tentera Majapahit telah menyerang Palembang dan Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan mengambil alih memerintah Temasik selama lima tahun. Kematian Raja Temagi menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam. Siam mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar dan menetap disitu selama enam tahun. Parameswara berpindah ke Sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina petempatan yang baru.
Sejarah meayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal daripada nama sejenis pokok. Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah pokok setelah berburu. Beliau melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara mengganggap peristiwa itu suatu peristiwa ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru. Parameswara mengisyhtiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah.
Perkembangan Empayar Melaka
Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu.perlabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negara India dan China. Pedagang-pedagang dari negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dalam masa yang singkat, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara. Ini kerana beberapa faktor, Melaka merupakan sebuah perlabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angina Monsun Timur Laut dan angina Monsun Barat Daya. Perlabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus.
Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu menjual dan membei barang dagangan. Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Parameswara telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut bagi mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Parameswara mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengeakkan serangan daripada Siam, parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Selain itu, parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China.
Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu:
  • Kedudukan yang strategik
  • Perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh
  • Pentadbiran yang cekap dan tersusun
  • Perlaksanaan sistem cukai yang teratur
  • Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan
  • Perluasan empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan
  • Penggunaan mata wang dalam hal ehwal perdagangan

No comments:

Post a Comment